Hari ni genap sebulan selepas pengalaman aku kerje dengan Tourism Malaysia Kedah..untuk pengetahuan semua, aku dah tak kerja lagi dah dengan kedai kosmetik tu.. Sebabnya ada kisah yang aku rasa tak sesuai kalau nak cerita kat sini kan..Aku pon tak nak la nak memburukkan sesapa kat sini.. Biar suatu hari nanti orang yang berkenaan tu sedar..
Actually, nak kata rezeki pon yer jugak la..sebab dalam dok merancang nak behenti kerja tu, datang offer kerja dari Tourism Malaysia.. Ramai yang tanya aku camne tibe-tibe ley kerje gan Tourism lak kan..Alkisahnya husband customer umi aku ni pengarah kat Tourism Malaysia kedah ni.. Diorang tak cukup pekerja untuk nak handle satu event besar kat Langkawi..so aku pon dipanggil untuk kerje separuh masa la..
Aku g office memamg dengan kepala otak yang blurr and kosong..empat hari kerje kat office then outstation kat Langkawi selama enam hari jugak la..aku tak rase nak share sume kerja aku kat sana sebab sangat banyak and aku rase enam hari cite pon tak abes kan.. tp pengalaman yang aku dapat memang sangat banyakand aku rase takkan dapat kat tempat lain walau kat UTP sekalipon..event-event kat UTP yang besar-besar macam Convo Fair tu pon tak sehebat event diorang ni..deal dengan VIP, VVIP, kaum kerabat Diraja semua memang sangat-sangat susah and mencabar..macam-macam kerenah datin and datin wannabe..senang cakap boleh biol kepala otak lah! haha..
ni aku nak kongsi sikit la gambar-gambar aku kat sana.sikit je, tak banyak sebab kat sana memang sangat busy sampai nk makan pon kene tunggu pukul 2-3 pagi..tu pon kalau takde meeting..kalau ade meeting alamtnya kul 5 pagi baru dapat balik hotel pastu kul 6 pagi dah kene kuarready untuk event..tido tu dah takde dalam jadual dah..hoho
kat Langkawi aku dapat la peluang melawat wildlife park, cable car, pantai chenang, hafal jalan kat seluruh langkawi, rasa angin malam kat hotel arwana porto malai, geopark tour kat sungai kilim, makan kat wan thai restaurant, loabster vilaage n banyak lagi tempat2 yang menarik..banyak sangat nak cite..and untuk pengetahuan semua, aku dapat semua tu for FREE!! yes for FREE!! kalau pergi sendiri aku pon tak tau bape ribu yang kne spend kan..haha..alhamdulillah..
awal januari ni bakal berjalan-jalan lagi insyaAllah..kemana tu aku tanak bagitau lagi..tunguuu........hihi
~setiap manusia mempunyai sejarah silam, tapi setiap saat, ada sejarah baru yang sedang tercipta~
Ya Allah, tabahkan hati aku =(
3 comments:
manarik!
tabahkan hati wani, ameen =)
insyaAllah =)
insyaAllah =)
Post a Comment