Sunday, November 27, 2011

Success Training Seminar-HERBALIFE

Assalamualaikum..

A brand new start.. Alhamdulillah masih lagi diberi nikmat hidup sampai hari ni.. Ape yg baru nak start tu? haa yg ni nak citer kali ni..

Alhamdulillah semalam, tanggal 26 November 2011 bertempat di Sentosa Regency Hotel, Alor Setar, merupakan hari yang boleh dikatakan bersejarah jugak la sebab hari ni hari pertama aku menghadirkan diri ke event HERBALIFE..event ni dipanggil Success Training Seminar..banyak bende yang dikongsi sepanjang event ni and banyak input yang aku dapat berkaitan dengan HERBALIFE...

Memandangkan sejak beberapa tahun ni berat badan aku naik secara mendadak, dari kurus melidi sampai besar gedabak ni, aku pon mula la nak mencari solusi untuk masalah aku ni.. dari seorang mmber baik ni aku kenal dengan HERBALIFE... aku mula ambik herbalife ni 4 bulan lepas, dalam masa 2 minggu berat bdan aku turun 2kg.. masalah gastrik, mighrain, alhamdulillah semua skali hilang.. tapi memandangkan masalah kewangan aku stop kejap ambil HERBALIFE ni..

Lepas je aku g seminar semalam, hati aku ni berkobar2 nak teruskan lagi ambil HERBALIFE..sebabnya, dari pengalaman aku sendiri and pengalaman teman-teman yang aku jumpa masa event semalam, product ni memang sangat HEBAT! dari seorang guru yg gemok, kurang keyakinan diri, sekarang boleh berbangga dengan dirinya sendiri..semakin hari semakin cantik, semakin yakin dengan diri sendiri.. sahabat yang jugak saya jumpa waktu event semalam, ada penyakit buah pinggang..cell cell dalam bdan mula menyerang cell lain sampai beliau terpaksa derita stress, perlu ambil pil tidak kurang 30biji sehari, depress, berat badan semakin hari semakin naik, hari ni boleh berdiri dengan bertenaga di atas pentas berkongsi pengalaman...HERBALIFE la yang mengubah hidup beliau..makcik2 pakcik2 yang derita kencing manis, darah tinggi, strok, semua boleh tersenyum bangga dengan HERBALFE..memang HERBALIFE ni boleh mengubah hidup...

Untuk 1st start ni, aku nak try dulu product ni sampai aku berjaya ubah diri aku then lepas tu baru aku nak tolong rakan-rakan yang lain yang nak ubah hidup jugak..insyaAllah


Sunday, October 9, 2011

Mood malas melanda diri

Salam...

Lately ni mmg malas sgt nk jengok blog ni..nak update apetah lg kan..pg g keje, balik petang dah penat sangat...malam je tido pastu bangun pagi g keje balik...

Untuk pengetahuan semua, aku sekarang ni keje part time as pembantu kedai di MSM Warisan Enterprise, kat bandar Jitra dekat gan umah aku..kalau orang orang kedah tu kalau aku cakap aneka mesti la tau kan..kat kedai bawah aneka tu la aku keje sekarang ni..

Rutin aku pagi-pagi kat kedai ni mula dengan buka kedai..sebabnya kunci kedai aku simpan sebab aku keje pagi..dah bukak n susun banner sume mula la menyapu kat dalam and luar kedai..lepas sapu tu kene la mop plak kan..kalau ada habuk2 atas rak tu kene la sapu2 sikit, cuci cermin yang mana kotor..then da siap sume keje kemas mengemas tu kene la check stok barang sume...mane yg tak cukup kene check balik kalau-kalau ade jual tp xmasuk rekod...kalau takde dalam rekod, pekerja kena bertanggungjawab sebab barang tu hilang..setakat ni tak ada lg la barang yang aku kene ganti sebab yg tak cukup slalunya sebab tak record bile dah jual..sebenarnya, keje check stok ni sangat2 la memeningkan and penat..sebab kedai yg aku keje ni ley cakap besar jugak la..and stokis jugak untuk brangan yang tertentu..barang ape tu nanti aku cerita..senarai barang lebih dari 100pages aku kene check hari-hari..hari-hari ye kawan-kawan...minggu pertaman ari tu memang sangat penat sebab aku tak hafal lg kedudukan barang dalam kedai tu..masuk minggu yang kedua ringan sikit sebab au dah boleh hafal and tak payah nak pening-pening cari kat mana kedudukan barang-barang tu...keje aku start seawal jam 9.45 pagi sampai 7ptg..rehat pulak suke hati sebab bos tak kisah sangat..selalunya aku wat kedai tu macam kedai aku sendiri je..hehehe

Antara barang yang dijual kat kedai yang aku keje tu alat-alat kosmetik, product kecantikan wajah, product untuk kuruskan badan, jamu untuk lelaki dan perempuan, ubat-ubatan untuk orang lepas bersalin dan macam-macam lg la..contoh barang-barang kecantikan yang aku jual Nuriz, D'embun, Novelles, Avant, Shana, Almas, Azie, Biodex, Leesa Formula, Sendayu Tinggi, V'Asia, Cocoa Cellegen D'Herbs dan macam-macam lagi la..

Bayaran yang aku dapat agak ok la..gaji harian sikit je, tapi komisyen banyak..lagi banyak aku jual barang, lagi banyak komisyen aku dapat..ade product yang komisyen die 2% je tp ade yang sampai 10%..bergantung pada nasib and camne cara kita nak promosikan product tu..

Cuti aku pilih hari ahad..sebab dah terbiasa ahad aku cuti so ahad paling sesuai la aku rasa untuk cuti..lagipon aku cuma keje part time je, bukan permanent..so xde la aku nak susahkan diri keje seminggu xde cuti pastu keje siang sampai malam...

EMm sebenarnye mood malas aku dah sampai..tak tau ape lagi yang aku nk merapu..kepala pon pening semalam balik kene hujan..dengan ade kejadian yang malas aku nak cite jadi lg semalam..badan pon sakit2..

till then..salam..

Thursday, August 18, 2011

Memendam rasa

...Sakitnye memendam rasa ni....sunyi...sepi...


empty chair, empty heart

Sunday, July 3, 2011

Reading day~





"The more you read, the more things you will know. The more you learn, the more places you'll go."(Dr. Seuss)

Today is the days for me to study..got a test before going back home for mid semester break this coming Wednesday..hoping for a better result this semester..chaiyok2 wanie!

Saturday, July 2, 2011

Take my Heart





"..You can take my heart 
Very close to your heart,
You can take my heart 
Forever if you like.."

Wednesday, June 29, 2011

A letter for u


Anda, anda dan anda..untuk semua anda2 yang wujud di muka bumi ini..untuk anda yang merasakan diri anda itu adalah anda, saya dengan ikhlas tujukan entry kali ini untuk anda..


Anda, tahu tak rasa tu sakit..lagi sakit dari segala kesakitan..lagi perit dari segala yang memeritkan..lagi seksa dari segala yang menyeksakan..tapi kenapa masih ada rasa..kenapa masih ada rasa..kenapa masih ada rasa..soalan yang sama berulang ulang, berkali kali bermain di fikiran..kenapa perlu ada rasa..kenapa, kenapa dan kenapa..


Anda tahu, saya ingin lari jauh dari rasa itu..rasa yang membunuh, rasa yang menghancurkan jiwa jiwa yang merasakan..rasa yang mempunyai perasaan..perasaan yang mengandungi rasa..rasa dan perasaan yang pernah wujud dalam diri ini suatu masa yang lalu..rasa dan perasaan yang pernah juga membunuh diri ini ketika dulu..tapi, kenapa masih wujud perasaan itu?


Anda yang saya tidak tahu siapa anda, saya tidak pandai untuk meyimpan rasa, memendam perasaan..saya tidak punya cara lain selain meluahkan, memberikan rasa dan perasaan itu kepada anda untuk merasakan..saya tidak pandai untuk bermadah, menzahirkan perasaan melalui pena ataupon tulisan..saya tidak pandai untuk menyimpulkan perasaan menjadi puisi peneman diri..saya tidak pandai mengubah perasaan menjadi lagu yang menghiburkan..saya hanya tahu menyimpan dan meluahkan rasa dan perasaan itu..saya hanya mampu hidup dan memikirkan rasa dan perasaan itu..


Anda yang tahu siapa diri anda, sekiranya perasaan yang menghancurkan rasa, hapuskanlah perasaan ini..sekiranya rasa yang menghancurkan perasaan, buanglah rasa ini..


bagaimanakah hidup tanpa rasa dan perasaan?